Saturday, February 23, 2013

stress

Bismillah.

Biasalah untuk stress time exam. :P
Dan semalam aku belajar (lagi sekali, sebab aku rasa macam dah dapat pengajaran ni sebelum ni, tapi sebagai manusia yang normal, aku lupa), yang, fokus kita tak patut disandarkan pada tekanan itu sendiri tetapi kepada cara kita mengendali tekanan tersebut.

*Cop, tiba-tiba aku rasa memang aku tak layak dapat BM A1. Tapi tak apa kan, asalkan apa yang aku nak sampaikan, dapat difahami ramai. Hahaha.*

Hatta, aku pun berkeputusan, kalau aku alami tekanan sedahsyat semalam lagi, aku perlu rehat dengan benda-benda yang berfaedah.

Contoh semalam:
Pagi aku (dan rakan-rakan sekelas) ditemani laungan kuat seorang guru. Guru yang tidak lekang daripada menyemburkan nasihat yang tepat dan tajam. Tapi kali ini, salah pelajar-pelajar yang datang lewat. Aku pun tak suka tunggu kalau cikgu datang lambat (tapi memandangkan kebanyakan cikgu adalah doktor yang sedang bekerja, jadi, perlulah dimaafkan, walaupun haritu, 45 minit lewat. tsk tsk.) jadi aku faham dengan teguran itu.

Dan semalam aku perlu bentangkan kes aku. Dalam keadaan berdiri. Dan soalan demi soalan diajukan. Dan aku tertinggal satu bahagian penting. :( Aku tahu itu salah aku, jadi aku tadah telinga. Aku harap aku akan ingat sampai bila-bila.

Dan satu demi satu pembentang bertarung semalam, untuk pertahankan kes masing-masing.

Aku rasa semalam, banyak kortisol dihasilkan, banyak juga glukosa menjadi mangsa, dan kami pulang, penuh ilmu, tetapi penuh kepenatan juga. Sedikit sebanyak, semalam dah dapat bayangkan masa depan di Malaysia nanti. Tapi Dr Szitanyi bagi teguran membina, aku tak tahu pula dengan doktor Malaysia. Desas-desus dan khabar berita yang didengari setakat ini, banyak negatif dari positif.

Kalau orang tanya, apa nasihat untuk peperiksaan, nah, amek kau! Hahaha. Serius, tak boleh manjakan diri. Tapi yelah, kalau kita tak struggle, susah nak achieve apa-apa pun :P Macamlah nak makan. Kalau nak makan makanan favourite kat sini, kalau tak masak, alamatnya, tak dapatlah. 

Ok, berbalik kepada isu tekanan. Semalam aku balik, makan lunch (secawan teh, 3 keping roti, sebab serius tak larat nak masak T_T) dan pergi ke perpustakaan. Sebenarnya aku nak tidur petang tetapi perpustakaan tutup pukul 7, jadi aku harus gunakan masa yang ada. Aku balik pukul 6, sebab, aku dah ngantuk sangat-sangat. Tapi, bila keluar perpustakaan, kota Prague jadi putih! Makanya, aku terpaksalah berjalan dalam snow dengan beg yang berat, dan berjalan sekitar kawasan perumahan sambil nyanyi lagu Raindrops Barney. Aku suka sangat dekat snow ni. Haha. Boleh tak kalau winter je sepanjang tahun? Duduk dekat Alaska macam best. Tapi nanti masalah kekurangan Vitamin D lah pulak. Adoi.

Akhirnya, selepas membeli biskut sedap giler dekat Subway, aku pun sampai ke rumah-manis-rumah (home sweet home) dan aku masak dinner (dumplings with beef broth) dan bertapak depan komputer. Tengok cerita Infinity Challenge, Bobsleigh episode, sebab aku senang terharu tengok orang bersukan bersungguh-sungguh.

Aku rasa tengok satu cerita tu tak jadi masalah, yang jadi masalahnya, lepas tu aku tengok video lain lah pulak.

Tak tahu korang perasan ke tak, tapi, sebenarnya, aku dah penat sejak tengah hari tadi, dan aku tak berehat-rehat pun lagi. Haha. Anyway, nak cakapnya, aku sepatutnya tutup komputer bila dah habis study dan satu episod Infinity Challenge tu, sebab tengok video dekat laptop memanglah tidak mengurangkan tekanan mata. Dah lah rabun, nanti nak baca buku, otazky, pdf lagi. Tambah penat dari rehat. :P Aku patut bersukan dalam bilik semalam. Sekurang-kurangnya, hidup aku tak lah sedentari sangat macam lecturer selalu describe dalam lectures tu.

Aku gian naik basikal. Aku gian sepak bola. Aku gian main sledge.

Dan aku rasa aku nak cari apa maksud gian tu.
Definisi DBDP: sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu.

Mat gian, definisi DBDP: penagih dadah.
Hahaha.

Ohkay u olls~ Have a nice weekend! ^^

No comments:

pantai timur

 Bismillah One part down, Alhamdulillah. It has been a humbling ride, and I was surprised, when H said, she would do it all again. At that p...