when the introverted extrovert nenek writes, cause she does not want bad history to repeat itself
Monday, April 20, 2009
ilji-mae
Atas pengaruh keluarga.
Aku tau mak dan adik-adik aku ada citarasa tinggi.
Dan memang dah lama pun sejak aku menonton drama sejarah dahulu kala.
Akibat terlalu rindu untuk duduk bersama-sama ahli keluarga beriadah menonton televisyen sambil menimba pengajaran, aku pun memilih untuk menonton Iljimae di depan komputer riba aku.
Memang mantap pun jalan ceritanya.
Aku pula mudah terpedaya dengan teknik pengarah drama, tiap kali habis satu episod, akan diselitkan babak-babak suspens yang meningkatkan kesungguhan aku untuk terus klik pada pilihan "watch next episode".
Serius ini kelemahan aku yang bukan sahaja harus diperbaiki, tetapi pada detik-detik peperiksaan macam sekarang, patut kuMANSUHkan terus.
Memandangakan kelemahan ini kelemahan mutlak yang setelah bertahun lama menjadi tabiat dan sekarang pula diinskripsikan sebagai peribadi diri, nampaknya aku patut bertindak memikirkan cara di mana aku boleh imbangkan kesemuanya. Serius dacing kehidupan aku lebih berat ke arah Iljimae berbanding aktiviti-aktiviti lain sekarang.
Aku dengan ini ingin meminta maaf dengan Cik Perfectionist yang telah aku padamkan semangatnya dalam diri. Ya aku akui, kepala aku asyik terfikir dekat Iljimae, sehinggakan saat-saat nak menghabiskan pembelajaran pun. Aih~ Illa dah salah ni.
Belajar kawal diri beb! Sebab setiap pilihan akan membawa kau bergerak selangkah; sama ada ke lembah durjana atau puncak kejayaan.
Baik, aku nak berpindah ke bilik Aslina. Sebab petang ni, ujian Biochemistry menanti kesediaan aku. Sediakah aku?
Ada 14 episod lagi.
Hari ni aku tak tengok satu pun lagi.
Ya, akan kucuba kawal diri dari obsesi ini.
Gila. T_T Kuasa dua ribu lima ratus empat puluh tujuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pantai timur
Bismillah One part down, Alhamdulillah. It has been a humbling ride, and I was surprised, when H said, she would do it all again. At that p...
-
Bismillah O Allah, grant this heart peace, for I am at lost right now. I think I broke my own heart. Can you make it that it was purely ...
-
"Kalau ada peluang lagi, tiada sebab untuk bersedih" ----- I failed Genetics, but Alhamdulillah that I went for the exam or else I...
-
(I firstly apologise for any mistakes made in this article) I used to be scared of Jaafar's character in Aladdin. And Ursula of The Litt...
4 comments:
nora!!! yana pn suke geyl cite tuhhhh,sebab ada lee jun ki n cite tu mmg bes!!! hehe :-p,tapi bahaye gak..trial kamis ni..gugugug :-S kene kawal sebaik mungkin,bbasha!
ha ah.. jun ki nmpk muda giler... pastu, die kan, hlg 7 kilo tau utk buat show tu...
nora plak... sbnrny arini ade test biochem.. huahuahua... mmg pening gak ler... sbb tak boleh fokus kat biochem.. asyik tertny2 je ape jadi bile die jumpe kakak die...
sedih :'(
all the best exam!! bbashaaa!!!!
salam, zz.. hehehe.. lawak la..saudari, teruskan menulis dalam bahasa melayu.. selamt berjaya!
salam k rusna :D
aaa.. tu la, bahasa jiwa bangsa...
kalau tulis semua bahasa dalam satu blog.. banyak la bangsanya :P
nanti time kite dah terer czech, kite tulis czech pulak.. hehe..
Post a Comment