Wednesday, October 09, 2013

orang tua

Bismillah

Orang tua favourite. One of the few people whom I met, and made me draw a smile on my face. Tuan Ibrahim Tuan Man. Adorbs. :)

And the FB message today goes like this.

Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…

Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini… 

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat? 

Wahai anakku,
Ada masa, kamu tidak dapat lari daripada meracun diri sendiri dengan teori konspirasi yang hanya wujud di kepala kamu sendiri sedangkan tiada orang yang berniat sedemikian rupa di luar. 

Sekiranya kamu dah terkena racun diri sendiri dan teori konspirasi mainan minda sendiri, cubalah tarik nafas panjang dan bertukar pandangan dan memokus kepada kerja yang ada di tangan. Hentikan berhujah mengenai teori konspirasi tersebut. Jangan biarkan dirimu terus menelan racun air liur akibat bayangan teori konspirasi di minda sehingga mempercayainya seperti sesuatu yang pasti berlaku.

Wahai anakku,
Jika kamu benci pada seseorang, cubalah cari benda yang baik untuk dipuji padanya. Nescaya jika dibuat berulang-ulang, perasaan benci itu akan pudar – dan hidup kamu akan kembali tenang. 

Wahai anakku,
Sedarlah bila kamu membenci seseorang, yang tidak tenteram hanyalahmu, dan bukan si dia yang dibencimu. Membenci bukanlah serangan yang mengena pada lawanmu, tapi sebaliknya ia melukakan kamu sendiri.

Salam sayang daripada ayahanda. Senyum


:)

Have good thoughts of one another. A challenge, but it'll be worth it inshaAllah.

Fight ohhh!!!

-----

Today, I was less kan cheong on the road. Thank God ^_^

Owh and a little something today:
"The person who thinks about the past always look sad, the person who thinks about the present is always calm and happy, the person who thinks about the future is always anxious".

Marilah bertenang dan bergembira :) We're still alive whatttt.. Kekeke.
Alhamdulillah

Nora

No comments: