Tuesday, May 05, 2009

di sungai Vltava


Pada petang Ahad nan indah, 5 sekawan pergi menunaikan hasrat di hati iaitu, berkayuh di sungai Vlatava.

Antara pengalaman menarik 5 sekawan tersebut adalah:

a. Melihat bermacam-macam gelagat itik. Paling menarik perhatian kami (sehingga bot yang aku, as dan kak zainab kayuh perlu patah balik untuk melihat "benda" tersebut) adalah seekor itik yang terapung. Itik itu tidak bernyawa (seram sejenak).

b. Jika berlumba mengayuh bot, pastikan jarak bot daripada bot yang dikayuh bob a
dalah lebih daripada kepanjangan tangan bob. Ini kerana bob mempunyai tenaga untuk menolak bot kami ke tepi dan ke belakang dan menyebabkan kami tersasar ke kawasan-yang-perlukan-koordinasi-tinggi-kerana-ada-bot-lain-yang-menghalang-perjalanan yang kemudiannya membawa kepada kekalahan kami. (Anda faham struktur ayat ni? Tidak? Tak mengapa, aku jua menghadapi kesukaran untuk mengarangnya.) Kesimpulannya, kalau nak tolak bot supaya pasukan lawan kalah, jangan jalan sebelah kawasan bob tapi jalan belah kak syamira. Nyeh heh. :P Kalau nak menang juga, satu lagi taktik adalah untuk berpasukan dengan orang-berkaki-panjang. Ngahahahaha. Nampaknya ukuran bot tersebut adalah beberapa cm kurang sesuai untuk gadis Asia yang berbadan kecil. Eyh bukan, berkaki pendek.

c. Kalau nak dengar gema suara, berkatalah dengan sekuat hati bila mengayuh bot di bawah jambatan (gambar kami menuju ke jambatan). Semua orang yang menjalankan aktiviti mengayuh pun akan terdetik untuk turut serta. Sebagai contoh adik kecil yang beraut wajah Asia. Sayangnya, die jerit di kawasan terbuka, jadi tidak bergema. :( Kasihan.

d. Mengayuh memerlukan tenaga, jadi tambah stok makanan sebelum memulakan perjalanan.

e. Bak kata bob, aktiviti menge-bot adalah sangat membahagiakan jika pasangan anda adalah sebuah balak. Kerana anda boleh melunjurkan kaki dan bersantai dalam panas matahari dan "sebuah balak" dapat menjalankan aktiviti pemanduan ke arah destinasi.

f. Aktiviti mengayuh di sungai Vltava sangat menarik, pada masa yang sama, menenangkan jua. :) Siapa-siapa berminat, jom~ Serius pengalaman yang menggembirakan. Walaupun pada awalnya agak menakutkan kerana kami tidak diberi jaket keselamatan (hanya untuk kanak-kanak riang) tetapi, insyaAllah, perjalanan sangatlah selamat.
g. Tatkala masa bermain tamat, pastikan kita tidak melompat keluar daripada bot yang tersedia ada sebelum pak-cik-penjaga-yang-memakai-seluar-pendek cakap kita boleh keluar. Sungguh merbahaya dan jika tidak kerana divine intervention yang memberikan tindakan refleks yang berkesan, alamatnya, minum air Vlatavalah kakak kita yang seorang tu :P Alhamdulillah, kami kembali dalam satu keping (one piece) semuanya. :)
pak-cik-penjaga-yang-memakai-seluar-pendek

h. Terima kasih, daun selasih. (Rima a, a! Cemerlang!) Rakan-rakan, as, kak zainab, kak syamira dan bob, serta ikan-ikan Charles Bridge (sebenarnya tak nampak pun ikan, tapi kak zainab kata, kat sungaiVltava ada ikan Charles Bridge -ini lawak dalaman- yang akan diidamkan sesetengah pihak waktu mengandung. Ngahahaha)


Sehingga ketemu lagi untuk mencipta kenangan baru di sungai Vltava.
-----
Dan bagi yang mengikuti neneknora sebelum ini, dukacita saya umumkan, Yuriichi aka Puss in Boots aka Ci Itam telahpun meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya. :'(

Ini kenangan terakhir kitaorang: (masa ni, dia pura-pura mati. Huu~ teringat masa perkenalan kitaorang, Yuriichi aka Puss in Boots aka Ci Itam ada kecederaan dan batuk dengan agak teruk -masa ni, memang takut dengan Ci Itam sebab dia agak ganas.Kemudian, setelah merawat kucing ini, dia pun selalu melepak dalam rumah. Rindu~)

Tapi Taufiq cakap Mimi telahpun beranakkan 3 (atau 4, tak berapa pasti) ekor anak kucing yang mempunyai perangai pelik. (Setelah Yuriichi, rasanya susah untuk jatuh cinta dekat kucing-kucing lain. Huhu. Nanti perlu bersedih waktu cinta dan harapan menjadi debu bertebangan. Heh. Hiperbola. Kamu ingat kucing itu sebuah balak ke?)

*Sebenarnya aku ada masalah menulis perkataan sungai. Banyak kali juga perlu ubah daripada "sunagi" kepada "sungai".

Salam sejahtera~

6 comments:

Syamira Zaki said...

hehehehhe....
i gelak2 bace entry u nih =D
teringat indahnye saat2 kte besame2...ahemmm....

jerit2 yg best....hoyeaahhh....

tidak lupe jenazah itik yang selamat disemadikan di tengah2 sungai...

juga, cubaan berani-tapi-gelabah i ketika pendaratan bot. hik3...(cuba menggunakan ayat yang sopan).

great time jiji!! yeay! \(^^,)/

neneknora said...

\(0.0)/ yee haaa~~

:) thank YOU sebab ajak kitaorang semua~

ala-ala family outing gitu~

Syamira Zaki said...

'we, are, faamily...
we, are, faaamily...'
-cuba nyanyikan. hik3...

thanx everyone =)

Flo said...

I believe it's spelt "Vltava" hehehe...

~ rianus ~ said...

whoaaa..bestnya kayuh2 bot kt sungai~~~
family outing btol la nih!~

hehe..pantun 2 kerat anda mmg mantap! i tumpang bangga~

huhu..puss in boots dh pergi buat selama-lamanya??
sedeynyaaa...huwaaaaaaaa!!
takziah nora..



p.s: plus sedey dgn kecederaan junsu T_T

neneknora said...

flo...
how is Vltava and Vltava different? :P

yup2.. sgt best!!!
nanti u turun praha lagi, jom jadikan ni aktiviti wajib!!!

tu lah.. setiap yang hadir dalam hidup kita akan pergi jua :( sebenanrnya tak sangka jugak akan berperasaan kat kucing. huhu.



ps: junsu jjang, still buat concert walaupun cedera! (kita boleh aplikasikan camni -> masih bekerja keras walaupun penat... hihihi...) yorobun, fighting!!!

but of course

Bismillah So, it has been done. A visit to the mental health practitioner. Starting therapy and new medications. Perhaps a flaw in the pl...