Thursday, April 30, 2009

memori KTT

Kami bukanlah golongan kanak-kanak (waktu itu, baru 17 tahun) pelik. Tapi sungguh, kerenah kami memang tak terfikir orang lain.

Antara saat-saat yang dirindui di KTT:
- sorok selipar surau bawah tangga *maaf pemilik selipar*... tapi setelah sekian lama, kami diberi kesedaran dan kami mula menyusun selipar di surau secara senyap-senyap

- sorok selipar budak-budak tangga satu sampai adalah seorang budak Izzah (bukan nama tidak sebenar) sorokkan selipar sape entah dekat pintu rumah shalini. serius time tu semua orang pun gelak guling-guling. ngahahaha... ada juga kes di mana kitaorang sorok selipar sampai lupa nak bagi tau pemilik selipar. memang kecoh lah.

- aerobik kat rumah Nad. sambil makan honey stars. lepas tu, aerobik terhenti sebab kitaorang kena kosongkan rumah sebab ada aktiviti sembur gas pencegah pembiakan nyamuk (kalau tak silap lah)

- main badminton setiap petang, serius rasa macam professional. dan ada satu masa tu, tiru gaya fikri fariz (atas kunjugan hamizah ke KTT, mamat ini telah dipengaruhi untuk panggil aku nora. ish) main badminton. gayanya adalah untuk letakkan satu tangan di belakang tatkala bermain. hoho. cubalah.

- timau (air timun campur limau) lepas aktiviti bersukan memang terbaik untuk sejukkan badan. ditambah lagi lepas kelas tambahan (jam 2300), kami akan bertandang ke kedai mak cik salbiah untuk melantak. hoho. dan akibat kepenatan, balik rumah, terus kami bergolek untuk tidur.

- lari balik rumah lepas maghrib dan lancarkan misi takutkan dina. kerjasama dengan fairuz. hehe. malam tu terus kena belasah habis-habisan dengan dina. maaf dina! :P

- sesi lepak belakang bas KTT. hehe. belum pernah terkantoi. plus, tiada yang mengesyaki aktiviti kitaorang. tapi best la. kadang-kadang tercuri dengar kalau orang lalu-lalang kat bas tu. :P

- berehat di bilik televisyen. muka aku selalu sahaja dijumpai melepak tengok drama. masa-masa ni kitaorang akan duduk kat sofa yang tak menghadap luar sebab waktu camni orang keluar masuk surau. hehe.

- main Frisbee. dan ada satu ketika, kami bermain selepas hujan. nasib baik rumah kitaorang ada mesin basuh (terima kasih mak ayah aina) jadi, tak perlulah untuk bersusah-payah menyucikan seluar daripada kotoran degil lumpur dan sebagainya.

- bermain-main dalam bas pak cik jo. kami memang rapat dengan pak cik jo pembawa bas KTT. entah kenapa entah. tapi ini menjadi faktor kami selalu mendominasi bas pak cik jo. terima kasih.

- pergi pasar hari khamis. wajib kerana bukan selalu dapat memilih daripada bermacam-macam jenis makanan. disebabkan waktu ini budak ALL 6 selalunya ada kelas, jadi aktiviti pesan-memesan barangan seringkali berlaku.

- waktu meraikan ulangtahun kelahiran nad dan izzah, aktiviti mendapatkan tandatangan warga KTT diadakan secara besar-besaran. mak cik salbiah, pak cik jo, mak kedai atas, pak cik jaga, dan sejenis makhluk popular kat KTT zaman kitaorang dulu, semua kitaorang ambil. sungguh itu aktiviti mendapatkan tandatangan untuk kad yang paling berjaya.

- dan disebabkan kek blueberry yang dibuat di kedai berdekatan KTT adalah sangat sedap, menjadi kebiasaan kami untuk memesan kek tersebut setiap kali ada ulangtahun kelahiran. hehe.

- ada banyak sangat kegembiraan. kalau tulis, nanti ada yang tak menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan di praha pula. :) Alhamdulillah atas kenangan dengan korang semua.

6 comments:

e x a b e l l e said...

nenek! this is so sironok.syoknyer ur ktt time. esp sorok kasut bwh tangga. hehe

~ rianus ~ said...

hahahaha...
i like!!!
rindu gila zaman2 ktt dlu..
setahun je pun..cam2 kita buat..
hoho..
tu bru kenangan lepak kat ktt..
x ckp kat bbst lg..
wpun kita duduk tempat terpencil..
tp hidup kita tetap bermakna..ewaahh~
rindunyaaa~

neneknora said...

hehe.. living with girlfriends sure is exciting, aite? :P

we had tons of fun in convent too! :) so happy to have such dear friends!

*i guess when we make full use of what is there for us, this life offers so many great things! yay~

raiNiey said...

owh.. zizi.. rindu la plak..
tingat zmn konon2 kte nk wat lakonan sengal itu.. malu2..
bab2 slipar tu.. mmg xleh blah.. sape ntah yg men tukar2 selipar kt surau.. ish ish ish..
nek tgga 1 je.. msti tgk ade je selipar sape nth tsangkut kt mrata2.. haha.. kreatif btul jiwa mude kite nih.. :D

Anonymous said...

ish3 dasyat betul la dak2 pompuan ni
ade dark side rupenye...

mase ari jadi nad dan izzah tu, xde org pun mintak tandatangan aku
malah tak tahu pun

nampak makhluk tak popular..huhu

neneknora said...

nyeh heh...
almaklum ahli tetap kerepek lemau, memanglah maju dalam menjalankan kegiatan luar sangkaan

tapi serius kesian sebab tak ada orang yang mendapatkan tandatangan kau. mungkin ko kene lebih extrovert kot :P
semoga akan beroleh orang yang akan ambil tandatangan kau!

but of course

Bismillah So, it has been done. A visit to the mental health practitioner. Starting therapy and new medications. Perhaps a flaw in the pl...